6 Tips Menurunkan Kolestrol Dalam Badan
- Insyirah Sulaiman
- Sep 17, 2017
- 4 min read
Untuk mengelakkan tekanan darah tinggi, kajian menunjukkan bahawa kite perlu menurunkan kolesterol LDL (kolesterol jahat). Usaha mencapai tahap kolesterol LDL pada tahap 100 adalah bagus, namun mencapai 80 atau jauh lebih rendah adalah yang terbaik. Ini kerana makin rendah tahap kolesterol jahat didalam badan anda maka lebih baik kesannya untuk kesihatan anda.

Tahap kolesterol yang tinggi meningkatkan risiko penyakit kronik
Pengunaan ubat penurun kolestrol Statins boleh membantu menurunkan tahap kolestrol anda namun penggunaan dadah sintetik dalam kuantiti yang besar untuk jangka masa yang panjang akan membawa kesan sampingan terhadap tubuh anda. Antara kesan sampingan yang selalu dilaporkan adalah seperti sakit otot, hilang ingatan, dan juga peningkatan enzim hati. Sakit otot, juga dipanggil myopathy, berlaku dalam 2% hingga 11% dikalangan pesakit yang dirawat mengunakan ubat Statin, hal ini dilaporkan oleh pegawai perubatan di Hospital dan Klinik Universiti Wisconsin di Madison,USA. Walaupun kesan sampingan biasanya hilang apabila pengunaan Statin dihentikan, ianya boleh mengambil masa beberapa bulan untuk hilang sepenuhnya.
Oleh kerana pengunaan ubat statin adalah membahayakan, ramai pengamal perubatan mencadangkan agar penurunan kolesterol jahat dilakukan melalui sumber semulajadi dan juga kawalan makanan. Hadkan pengambilan makanan yang penuh dengan lemak tepu, lemak trans, dan makanan berkolesterol tinggi. Antara makanan yang perlu dielakkan adalah makanan yang mempunyai tinggi komposisi lemak tepunya termasuk lah mentega, daging merah, produk tenusu penuh lemak dan rendah lemak, minyak kelapa sawit, dan minyak kelapa. Jika anda melihat perkataan lemak terhidrogenasi dalam senarai ramuan pada label makanan, makanan itu juga mengandungi lemak tepu. Sumber utama kolesterol dalam makanan juga termasuk kuning telur, organ dalaman haiwan, dan kerang.Salah satu jenis lemak yang baik adalah asid lemak omega-3, dimana lemak ini telah terbukti dapat melindungi anda dari penyakit jantung. Sumber yang baik untuk omega 3 adalah ikan laut seperti kembung, tongkol, halibut, dan sardin. Untuk membantu anda menerapkan garis panduan di atas ke dalam perancangan makanan harian, pilihlah makanan tenusu tidak berlemak sahaja, 2 hidangan untuk setiap hari. Hadkan pengambilan daging, ayam dan ikan anda tidak lebih dari 100 hingga 120 gram sahaja setiap hari.
Keduanya makanlah lebih banyak makanan kaya serat (terutama serat larut dari makanan seperti kacang, gandum, barli, buah-buahan, dan sayur-sayuran). Makanan yang kaya dengan serat larut telah terbukti sangat baik untuk menurunkan kolesterol. Sumber yang sangat baik termasuk oat, emping oat, barli, kacang, ubi keledek dan kentang, serta kacang tanah atau kacang, seperti kacang pinto, kacang hitam, kacang garbanzo, dan kacang pis. Sayur-sayuran kaya serat larut termasuk wortel, Brussels sprout, bendi, dan terung. Sumber buah yang baik adalah beri, buah markisa, oren, pear, aprikot, nektar, dan epal.
Ketiga anda perlu memilih legum atau dengan erti kata lain merupakan tumbuhan yang kaya dengan protein (dalam bentuk kekacang, bijian, buah dan bijirin) berbanding daging. Kumpulan legum yang dimaksudkan merangkumi lentil, kacang pinto, kacang merah, kacang putih, dan kacang soya. Makanan ini penuh dengan nutrisi - nutrisi penting untuk badan dan merupakan alternatif yang sangat bagus bila dibandingkan dengan protein daripada daging. Legum membantu mengurangkan jumlah kolesterol, kolesterol LDL, gula darah, dan tahap insulin, dan mungkin lebih rendah risiko kanser.

Pelbagai pilihan kacang memastikan hidangan anda lebih beraneka
Kacang dan bijian telah terbukti menurunkan kadar kolesterol LDL. Namun bagi mengelakkan komsumsi garam yang boleh menyebabkan darah tinggi, pilihlah kekacang jenis mentah atau panggang, tanpa garam. Untuk mengelakkan kenaikan berat badan, janganlah pula makan lebih dari 100gram setiap hari kerana kacang dan bijiian padat dengan kalori (purata kira-kira 175 kalori per 100gram).
Cara keempat untuk menurunkan kolesterol dalam badan adalah dengan mengurangkan berat badan anda sehingga mencapai berat ideal mengikut Body Mass Index. Menurunkan berat badan akan memberi anda pelbagai manfaat, bermula dari tahap kolestrol yang lebih selamat sehinggalah turunnya risiko penyakit - penyakit kronik seperti gout, kencing manis tahap dua, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, strok dan juga pelbagai jenis kanser. Harus diingat juga bahawa penting untuk mengawal pengambilan lemak, walaupun ianya lemak sihat seperti avocado dan ikan salmon, ini kerana apabila melibatkan lemak, sudah semestinya ia akan padat dengan kalori, jika tinggi pengambilan kalori maka makin gemuk lah kita.
Cara kelima adalah dengan menggunakan sekam Psyllium. Apa sebenarnya Sekam Psyllium ini? Sekam Psyllium atau Psyllium Husk merupakan sejenis serat yang larut air, ianya berasal daripada biji psyllium. Selain daripada harga Psyllium Husk ni sangat murah, ia juga mengandungi banyak khasiat untuk tubuh manusia. Cara paling mudah untuk mendapatkan manfaat psyllium adalah dengan mencampurkannya kedalam bijirin atau minuman anda. Psyllium husk melambatkan kadar penyerapan karbohidrat, bahkan ia boleh melambatkan kadar penyerapan apa-apa karbohidrat yang dimakan oleh kita , sekaligus menurunkan indeks glisemik (GI) makanan yang diambil dengan ketara, ini bermakna Psyllium Husk membantu anda untuk menyimpan gula dalam darah pada tahap yang stabil, dan juga membantu penurunan berat badan. Salah satu manfaat kesihatan yang paling besar Psyllium Husk adalah, kebolehannya membawa kolesterol (dan bahan-bahan toksik yang lain) melalui saluran usus semasa proses perkhumuhan, sekaligus memastikan sistem pencernaan anda dalam keadaan baik dan bebas dari sisa toksik. Disini saya sertakan Supplement Psyllium Husk yang saya gunakan selama ini.
Cara yang keenam ini sudah lama digunapakai oleh kaum cina, mungkin sudah ribuan tahun. Apakah cara yang dimaksudkkan?Caranya adalah dengan menjadikan Beras Yis Merah (BYM) sebagai makanan tambahan. BYM adalah satu bahan yang di ekstrak dari beras yang telah diperam menggunakan yis merah atau nama saintifiknya Monascus Purpureus. Sudah berdekad lamanya BYM digunakan di negara China dan negara Asia yang lain sebagai ubat tradisional. Ianya juga diguna pakai sebagai pewarna dan pengawet makanan. BYM mengandungi beberapa bahan yang membantu mengawal tahap kolesterol dalam badan. Antaranya adalah beberapa jenis monacolin, namum yang paling penting adalah monacolin K. Ianya turut mengandungi sterol, isoflavon, dan asid lemak mono tidak tepu, atau "lemak baik." Disini saya sertakan Beras Yis Merah yang saya gunakan selama ini. Jika tidak keberatan, kongsikan lah makanan tambahan yang anda amalkan diruangan komen.
Comments