Bolehkah Bengkung/Korset Membantu Anda Kurus?
- zaf anggerik
- Sep 14, 2017
- 3 min read
Mendapatkan perut yang flat dan ramping adalah satu perkara yang sukar, tetapi ramai wanita merasakan satu tekanan yang berterusan untuk mendapatkannya. Sekiranya anda pernah menahan nafas dalam perut anda, anda tahu bahawa postur dan pernafasan boleh membuat satu perbezaan yang agak ketara pada saiz perut anda. Bengkung memberi kesan yang sama dengan menahan nafas di perut tetapi tanpa meletakkan satu peringatan berpanjangan agar anda perlu menahan nafas. Bengkung juga tidak akan meratakan perut anda secara kekal, dan ia membawa beberapa risiko terhadap kesihatan tubuh anda.

Bagaimana Bengkung Berfungsi
Bengkung adalah sejenis pakaian yang memberi tekanan kepada tubuh si pemakai, ini bermaksud ia berfungsi dengan menolak lemak dan memampatkan seluruh kawasan perut anda. Ini boleh membuang beberapa inci dari perut dan pinggang anda buat sementara waktu. Pemakaian bengkung juga memberi satu tekanan kepada perut si pemakai sekaligus membuatkan pemakai cepat merasa kenyang ketika makan. Ini terjadi adalah kerana ruang perut juga dikecilkan melalui tekanan bengkung keatas perut.
Walaubagaimanapun, bengkung bukan lah penyelesaian kepada semua orang. Sekiranya anda mempunyai banyak lemak pada perut anda, perut anda mungkin kelihatan lebih kecil dengan penggunaan bengkung, tetapi ia tidak semestinya kelihatan rata. Malah pemakaian bengkung yang ketat biasanya akan membuatkan anda kelihatan tidak jauh berbeza daripada anda sedang menahan udara di dalam perut.
Risiko Bengkung
Bengkung yang terlalu ketat boleh membahayakan kesihatan tubuh anda. Oleh kerana bengkung berfungsi dengan meletakkan tekanan pada bahagian badan anda, ia boleh mengurangkan peredaran darah yang baik ke kawasan tubuh, sekaligus menyebabkan semut-semut dan - dalam kes yang jarang berlaku - hinggalah pembekuan darah. Ia juga boleh menyebabkan kawasan di sekitar bengkung membengkak, dan ini boleh membuat anda kelihatan lebih gemuk apabila anda membuka bengkung anda. Pemakaian bengkung adalah berisiko untuk remaja, ini kerana tubuh yang dalan keadaan baru membesar mungkin akan terkesan dengan tekanan yang berpanjangan. Pemakaian bengkung yang terlalu ketat juga boleh merosakkan otot dan organ. Anda harus mengelakkan dari memakai bengkung yang tidak selesa, dan menghadkan penggunaan bengkung agar tidak melebihi 8 jam sehari. Namun tempoh penggunaan juga boleh dihadkan mengikut keselesaan masing - masing, jika anda mampu pakai untuk 3 jam sahaja maka berehat la sebentar selepas 3 jam dan menyambung pemakaian bengkung setelah badan anda merasa selesa.
Cara Pemilihan Bengkung
Untuk faedah maksimum, bengkung perlu muat dengan selesa dan tubuh anda tidak merasa sakit atau mencucuk-cucuk. Pilihlah bengkung yang diperbuat dari fabrik yang membolehkan tubuh anda bernafas untuk mengelakkan peluh daripada terperangkap terhadap kulit anda sekaligus mengakibatkan tindak balas yang tidak diingini kepada tubuh anda. Sekiranya anda merasa pening, sukar bernafas, berpeluh keterlaluan atau mengalami ketidakselesaan atau kesemutan di sekeliling atau di bawah bengkung, seeloknya anda berhenti dari memakainya dengan serta-merta. Bengkung yang baik adalah bengkung yang tidak menyakiti pemakainya atau mengganggu keupayaan pemakai untuk melakukan tugas harian biasa anda.
Hubungan Bengkung dan Kurus
Sesetengah pengeluar bengkung ini mendakwa bahawa mereka akan membantu anda mengurangkan berat badan dengan menyebabkan anda berpeluh dan memberikan tekanan berterusan keatas badan anda, meningkatkan peredaran darah dan kononnya mengurangkan berat badan. Walaupun berpeluh boleh membantu anda menurunkan beberapa kalori yang berlebihan, ia tidak mungkin membantu anda kehilangan berat yang ketara. Selain itu, jika anda sebenarnya berpeluh dengan banyak sehinggakan cukup untuk menurunkan berat badan, anda akan terdedah dengan risiko dehidrasi. Pelan diet dan senaman yang sihat adalah cara yang lebih mudah dan selamat untuk mengurangkan berat badan. Bengkung hanyalah salah satu cara untuk anda mengurangkan pengambilan makanan dengan menekan perut anda sekaligus mengurankan kapasiti perut. Bagi meningkatkan keberkesanan memakai bengkung anda juga perlu mengamal diet yang sihat, waktu makan yang betul, air masak yang cukup juga senaman yang konsisten. Ditegaskan sekali lagi, dengan memakai bengkung anda mungkin tidak dapat membuat perbezaan ketara dalam menurunkan berat badan namun pemakaian bengkung yang sesuai boleh membantu anda menurunkan berat badan anda dengan lebih berkesan.
Sasherra
Walaupon banyak korset/bengkung di pasaran, saya telah memilih untuk menggunakan Sasherra Body Shaper sebagai bengkung pilihan. Ini kerana berbanding bengkung lain yang saya survey di internet bengkung ini merupakan bengkung yang paling banyak ciri-ciri kesihatan. Antara ciri - ciri Sasheraa yang membuatkan saya tertarik adalah;
Rekaan 'one-piece' yang moden(memudahkan pemakaian)
40% Arang Buluh (menyerap bau badan)
Anti Bakteria
Anti Kulat
Tahap keanjalan yang tinggi (tidak memberi tekanan yang terlalu tinggi keatas tubuh)
Potongan Jam pasir (memastikan bentuk badan pemakai berada didalam acuan yang sepatutnya)
Mesra Tandas (memudahkan proses pembuangan air)
Infra Merah Jauh (melancarkan perjalanan darah)
Ion Negatif (menenangkan dan mengurangkan stress)
Apa pun bengkung pilihan anda, pilih la yang terbaik untuk diri sendiri. Boleh kongsi tak bengkung apa yang anda semua pakai dekat ruangan komen?
Hozzászólások